Saturday 29 October 2011

Beranak Pinak !

Assalamualaikum 

Hellooo readers, haha, baru terdetik jari ni untuk menaip entri baru, berkulat kembali blog picisan ini dek kerana kemalasan telah melanda diri! . haha, well, untuk entri simple ni just nak bagitahu yang Guinea Pig (Paris) aku dah beranak oi, yang ni batch kedua. Tapi anak keluar dua ekor je, last time 3 ekor. huhu.

Kali ni tak perasan pula Paris beranak sebab masa tu tak ada kat bilik, tengah bersosial kat luar, bila balik bilik je tengok-tengok perut Paris dah kempis, masa tu cepat-cepat tengok dalam iglu memang sah beranak dan ada dua ekor babies. Pengsan 3 minit jap masa tu, terlebih excited kot..hahahaha! Now makin ramai lah pula makhluk-makhluk somel ni kat bilik. huahuahua. makin kering lah poket beli makanan. kroihh kroih.


For now, aku biarkan mak dengan anak dia selama 3 minggu then baru cerai susu, hik hik, kali ni color bulu lain sikit, and bulu ikut mak dia lah, abbysinian. hehe. Untuk tempoh lepas beranak ni kena bagi makan makanan yang high in protien dan calsium, ye lah, nursing mother kena bagi cukup nutrient sebab tengah menyusukan anak, kalau tak nanti kurus kering pula. hahaha. So, dah siap sedia bulatkan biji mata tengok gambar ? hahah. Jeng jeng jeng!




Ni brand yang aku guna untuk pellet, tak mahal sangat RM39.90. Pellet ni ok lah, di syorkan oleh veterinarian katanya (marketing strategies katakan) hahaha, tapi memang selalu guna pellet jenis ini. Ada dua jenis, Timothy pellet untuk adult dan Alfalfa pellet untuk young. Aku beli yang alfalfa untuk young and pregnant GP, tinggi protien sesuai untuk tumbesaran. macam promoter pula dah. muehehe . Kalau berkenan carilah kat Pet Store berdekatan.hahaha

Hahaha. ni pula gambar 1 day before Paris give birth, masa tu memang dah agak dalam masa terdekat Paris akan beranak, tapi tak sangka pula esoknya tu dah beranak, nasib baik sempat snap pic masa tengah bunting, boleh tengok bentuk perut macam buah pear, hahahah bentuk perut tu adalah best indication kalau nak tahu GP pregnant atau tak.




TADAAAAAA



itu adalah tangan saya. hahah


See, color dan marking dia comel je tengok, hahaha, tapi bila dah besar tak tahu lah, FYI babies ni ikut bulu mak dia (Paris), so, we assumed babies ni baka Abbysinian lah. hehe


Hahah, dalam gambar ni bukan bapa dia, tu abang babies yang first batch hari tu, pandai-pandai lah selongkar entri yang sebelum ni. hehe, babies yang seekor lagi lari, malu bergambar kot. akakak


Ni pula dalam cage, macam toyol plak babies tu, sorry gambar gelap, terlebih edit..ahahhaha

Okelah, dah lah. Malas pula bagi tunjuk gambar banyak-banyak, nanti terbeliak mata para readers yang dikasihi ini. Akakakak. Actually aku tak letak nama lagi untuk babies ni, hehe, jantina pun tak sure lagi, so untuk next entri aku nak buat pasal nama dan jantina, so get ready julingkan biji mata tu untuk next entri.wakakak. tata~


Birth date : 27 Oktober 2011
Paris second litter
Two piglets

Hahah, asyik gambar aku je yang joget-joget, GP ni pun nak juga.hahahah. ewah!




Thursday 18 August 2011

Hand Feeding

Assalamualaikum.

Apakah itu hand feeding ? hand feeding tu kita bagi makan pet guna tangan lah. Bukan kita bagi makan tangan kita. kah kah kah.

Entri ni agak ringkas, just nak tunjuk video hand feeding my guinea pig (GP) kemain tau english.kah3 Melalui hand feeding ni sebenarnya kita dapat mendekati diri dengan GP. Kalau dah lama-lama buat macam ni, GP tu akan cepat jinak dan kenal kita. Sesuailah bagi siapa - siapa pemilik GP yang masih baru. hehe. 

So, layankan ajelah video annoying aku yang tak berapa nak jelas ni. Ouh ya. Buat-buat tak nampak ajelah background dalam video tu. Ya aku tau tu video Suju tengah poco-poco. Masa tu tengah layan lagu Suju. kemain tau mood kpop masa tu.hihi



Dapat view tak video ni ?? sebab lagu price tag ni kena blocked kat certain site and country. Siapa duk German tu tak dapat view lah.huhu. Klik SINI kalau nak tengok tanpa muzik,ada bunyi cengkerik je. akaka

Saya LAPAR..lapar lapar.!!


huh !. mana makanan aku?? nak merajuklah. (mengada bibir ni)


Ouh yeaa..tudiaaa timun..come to me..kih kih kih

nom nom nom..i like timun !..nom nom nom

nom nom nom....nom...nommm..(makan dengan gelojoh)


nom nom nom..makan lelaju..hehe

nom nom..sikit lagi nak habis..nom nom nom

different angle pulak..photogenic si bibir ni..ehehe

ceitt..siapakah manusia di belakang itu..?..aakakaka


yeayy..dah habis..terima kasih kerana hand feeding saya..kah kah kah


sekarang masa untuk tidurrrrr...kroooh krooh!

TAMAT




Thursday 11 August 2011

Penis Kucing



Assalamualaikum


Pernah tak tengok atau ternampak kucing mengawan??.Jangan tipulah kata tak pernah, hehe. Sebelum itu, marilah kita tengok video ini. Wajib tengok untuk isi seterusnya.



Anda semua boleh nampak kan kucing betina tersebut mengerang kesakitan bila copulation berlaku. Mengapa sakit? Itu adalah kerana penis kucing jantan mempunyai duri-duri atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil barbs seperti gambar dibawah ini. bila kawasan sensitif tertusuk duri opkoslah sakit kan? so itulah kucing betina rasa ketika copulation process. dan selang beberapa saat kucing betina yang tidak tahan sakit akan berusaha melepaskan diri seperti di dalam video atas.

Nampak kan duri-duti sekitar penis tu? hehe
Para saintis mempercayai, duri ini bertujuan merangsang kucing betina supaya process ovulation, atau melepaskan telur/ovum berlaku untuk disenyawakan dengan sperma.

Ransangan ini akan menyebabkan otak kucing betina memberi isyarat untuk perembesan hormon spesifik bertujuan untuk melepaskan ovum / ovulation.

Video atas tadi korang boleh nampak lepas kucing selesai mengawan, si betina akan berguling-gulingan . Ini dipanggil after reaction. Bebab nak bagi sperm tadi masuk ke dalam uterus lah kot tak pun gatal geli geli sebab duri tadi. hih. Untuk lagi mudah faham, tengoklah video National Geographic ni, siap tunjuk demo lagi. hehe. Oke, itu saja. Sekian


P/S : Singa dan Harimau pun sama, penis berduri. hehe


Monday 8 August 2011

Baby cavy yang comel makan apa ?


Assalamualaikum.

Hehe. Tajuk kemain lagi baby cavy yang comel. Tahu tak cavy tu apa ? cavy tu Guinea pig lah. ekeke. Hari ini just nak tunjuk video. Tetiba nak rehatkan otak kejap dari berfikir. haha.  Untuk video ni, Paris (bukan Paris Hilton) dan anak-anak tengah makan, aku (saya) letak mereka dalam laci sebab nak asingkan dengan si jantan. Masa ni, babies baru berumur 3 hari, dah boleh makan macam biasa.

So, makanan untuk baby guinea pig (GP) ni biasanya sama je macam yang dewasa, macam hay, pellet, vegetable dan fruit. Tapi pellet dengan Hay (rumput kering) kenalah dari sumber Alfalfa. Biasanya ada dua jenis Hay iaitu Alfalfa dan Timothy . Alfalfa hay sesuai untuk growing guinea pig (<6months), pregnant GP, dan Lactating GP, manakala Timothy hay (tinggi fibre) untuk yang dah dewasa (>6months). 



So, kalau GP yang masih dalam proses tumbesaran, kenalah beli pellet dan hay dari sumber alfalfa sebab rumput alfalfa ni tinggi kandungan calcium dan protien sesuai untuk pertumbuhan badan. Kalau bagi makan alfalfa hay atau pellet kat yang dewasa secara berterusan boleh menyebabkan obesiti dan lagi teruk boleh dapat penyakit batu karang (kalau overfeeding).













Okai sekian

p/s : annoying pula bila video tak jelas.


Sunday 7 August 2011

Apakah itu RODENT ?



Assalamualaikum.


Apakah itu Rodent ? Rodent sebenarnya di ambil dari perkataan Latin rodere yang bermaksud to gnaw, selapas merujuk kamus online (tak tahu maksud wakakak) to gnaw bermaksud menggerigit / kunyah atau gigit-gigit tikus lah kot. Lagi spesifik lagi, haiwan dari jenis rodent ni mempunyai sepasang gigi incisor di bahagian atas dan sepasang gigi incisor di bahagian bawah dan kedua-dua pasang gigi incisor ini sentiasa memanjang dan perlu menggerigit untuk mengasah gigi supaya sentiasa pendek, pasal tu mereka ini dikategorikan sebagai rodere atau rodent iaitu to gnaw sebab suka menggerigit.

Gigi emas yang bersinar dari haiwan famili Rodent.ekeke
So, sekarang pets apa pula yang dikategorikan sebagai rodent? hehe. Ada banyak tapi aku bagi yang common je lah. Yang biasa kita jadikan pet seperti Guinea Pig, Hamster, Prairie Dog, Tupai, Chipmunk, Gerbills dan Chinchilla. So semua pet ni dikategorikan sebagai famili Rodents. Dan Mice, Rat juga adalah rodent. 

Kami adalah Rodentia
Ada banyak lagi haiwan yang dikategorikan sebagai rodent, gambar kat atas ni haiwan yang kita selalu nampak kat petshop untuk dijual. hehe. Dan species rodent yang paling besar sekali adalah Capybara dan yang paling kecil sekali adalah Pygmy Jerboa.

Capybara ni lebih kurang besar macam kambing .haha

Dan inilah dia Pygmy Jerboa. Rodent yang paling kecil sekali
Arnab pula? Pasal ni ramai yang tersilap, akupon pernah tersalah anggap yang arnab adalah dari famili rodent, tapi sebenarnya SALAH, kita nampak kan gigi arnab ni lebih kurang macam tikus dan seangkatan dengannya, tapi silap, arnab sebenarnya ada 4 ketul gigi incisor maksudnya ada dua pasang incisor pada bahagian atas manakala haiwan rodent pula ada sepasang je. Jadi arnab bukan rodent tapi Lagomorpha

ngaaa..nampak tak?
So lepas ni jangan ejek kawan korang gigi arnab pula. salah tu. haha. Panggil diorang gigi tikus, takpun paling comel gigi hamster. hehehe.

Kekadang ada antara kita yang menyangka haiwan rodent itu adalah tikus tapi ada banyak lagi species dalam kategori rodent yang kita tak tahu. Dan ada juga yang tak tahu langsung rodent itu apa kan. hehe. 

Dan ada juga yang anggap Guinea Pig tu Hamster, tapi mereka ni cuma dari kategori yang sama iaitu rodent. Sama juga ada yang anggap Sugar Glider tu sama macam tupai, Tapi bukan, Sugar Glider adalah haiwan marsupial macam kangaroo dan koala manakala tupai pula adalah rodent. Dah-dah, banyak pula dan dan. Okai sekian.


Thursday 4 August 2011

Kucing makan Rumput

Quick Info yang tak berapa nak quick

Assalamualaikum.



Hari ini saya ada something nak kongsi, idea ni pon dapat lepas baca komen dari ENTRI semalam. Dia kata kenapa kucing dia suka gigit rumput, tak ada benda lain lagi ye nak gigit ? Itulah kucing ni gedik kan, kalau boleh semua dia nak gigit. hehe.

ehsan google

Benda ni aku rasa semua dah tahu, dan ada juga yang tak tahu kan. Info ni pon masa first time dapat tahu dulu akupun jadi jakun, so sekarang aku nak kongsi dengan siapa yang tak tahu lagi, lepas ni kita jadi jakun beramai-ramai lah ye..akaka

Kucing makan atau gigit rumput ni sebenarnya ada motip. Bukan sesaje gedik-gedik gigit rumput nak jadi kambing ! Nak tau apa MOTIPnya. motip sangat.

ehsan google

Okai, rumput sebenarnya berguna merangsang kuncing untuk muntah. Tapi muntah untuk apa ? hehe

Hairball / bebola bulu

Gila skema ayat bebola bulu. hikhik. 
Hairball ni selalu terjadi kat kucing yang berbulu panjang, bila kucing jilat bulu, kekadang bulu yang dijilat tu akan tertelan, so, terjadilah hairball dalam perut, hairball ni tak dapat dicerna oleh usus. Jadi haruslah dikeluarkan dari badan, nak keluar ikut belakang tak boleh sebab tersekat kat perut. Jadi kena keluar ikut mulut, pasal tu kucing pi gigit atau makan rumput untuk tujuan memuntahkan hairball tadi. Bijak juga kan kucing ni.kihkih

Benda asing

Makan rumput sebab nak muntahkan benda asing yang tak dapat dicerna seperti tulang, feathers/bulu burung dan apa-apa lah yang tak dapat di cerna. Mungkin kucing tertelan jam loceng ke, grrr..tak logic.. hihi.

ehsan google
Dan ada juga yang kata kucing tertarik dengan rumput sebab palatable/lazat. Pasal ni tak tahu la mitos ke apa.

Dan rumput ni ada kandungan folic acid jus yang boleh membantu dalam pembentukan haemoglobin / sel darah.(dapat mengelakkan dari anemia).

Apa-apa pun, kalau nampak kucing korang gigit rumput jangan halang pula, mesti ada yang tak kena dengan perut kucing yang mengkehendakinya untuk muntah.kihkih. Tapi kena make sure rumput tu tak ada racun rumpai dan pastikan bukan dari jenis rumput berbunga yang beracun / toxic kepada haiwan. 


Itu ajelah, entri pasal kucing makan rumput ni kalau cari kat mana-mana web lebih kurang sama je. Anjing pun ada habit yang sama. hehe. okai sekian ! Oh ya, ini teori tau. (info lapuk dah ni)



Monday 1 August 2011

Memandikan Guinea Pig (bathing the GP)

Assalamualaikum.


Selamat berpuasa. Entri hari ni agak simple (takde video) iaitu pasal memandikan Guinea Pig (GP). hehe, seperti yang kita tahu GP adalah binatang yang pembersih so, kita tak perlulah mandikan GP hari-hari atau seminggu sekali, melainkan GP korang cepat kotor kerana kandang yang kotor (hehe, ayat berbelit-belit). 

Aku (saya) ada buat research juga pasal tempoh kekerapan kita nak bagi GP ni mandi, ada yang kata 2-3 bulan sekali dan ada yang kata 4 bulan sekali. wakaka.  Tak tahu yang  mana satu betul tapi apa yang pasti, mandikan GP bila keadaan  mengkehendakinya untuk mandi macam bulu dah serabut, bergumpal-gumpal , kotor dan berminyak. haha.


Untuk GP aku yang baka Sheltie, bulu memang panjang dan cepat kotor, so aku mandikan 2 minggu sekali dan kekadang sebulan sekali ikut keadaan bulu lah. Kalau GP yang bulu pendek macam American dan abbysinian breed memang jarang nak kotor cepat. So pada bakal-bakal owner yang nak bela GP lepas ni, kalau korang malas nak mandi or groom GP, pilihlah mana satu nak, nak yang bulu lebat panjang mengerbang ke nak bulu yang pendek, ataupun nak yang takde bulu. yang takde bulu memang ada kena jual. huhu

ehsan gogle
Sebelum mandikan GP, sediakan air yang tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas atau air suam lah senang, haha. Letak dalam besen, kuantiti air jangan sampai boleh menenggelamkan GP, kang lemas pula, hehe. Mandikan pada sebelah tengahari sebab waktu tu panas, so GP takdelah rasa sejuk sangat kan.

Bibir masuk dalam poket seluar
Untuk syampu boleh guna syampu untuk arnab ataupun GP, tapi aku guna syampu Johnson Baby je, yang kaler oren tak pedihkan mata tu. hehe. Lepas dah mandi bolehlah keringkan GP dengan hairdryer, jangan bagi panas pula hairdryer tu nanti terbakar GP. haha, Kalau GP yang bulu pendek cepat sikit nak kering, kalau bulu panjang ni ambil masa nak kering. huhu. 

bibir lepas di blow dry dengan hairdryer

Kalau korang ada banyak GP, lagi elok mandikan mereka sekali atau together-gether hehe. Sebab GP yang dah dimandikan akan kehilangan bau masing-masing, so nanti mereka ni nanti takde lah bergaduh. 


Okai, itu ajelah pasal memandikan GP, cara memandikan ada banyak kat youtube, boleh tengok cara-cara kat sana, aku tak ada video so tak dapat tunjuk.

bibir layan youtube


Thursday 28 July 2011

Pengkasian Kucing Jantan (castration)

Assalamualaikum


Dah baca entri kembiri kucing betina ? kalau belum boleh klik link tu. Entri hari ni pasal memandulkan kucing juga tapi untuk kucing jantan. Dalam bahasa english di panggil castration. Video ni pun aku (saya) ambil masa praktikal lama dulu, hehe. 


Dalam video ni takde darah-darah dan sesuai untuk tontonan umum .HAHA. JOM lah tengok pet education ni. Atleast kita tau macamana kucing kita di mandulkan kat klinik kan? hehe.



Meh aku ringkaskan prosedur castration tu.(kucing dah dipengsankan dan disuntik bius)

  1. Mula-mula bulu di sekitar scrotum dicukur dan dibersihkan dengan alcohol.
  2. Lepas dah cukur, belahan akan dibuat pada scrotum untuk mengeluarkan testis.
  3. Bila testis dah dikeluarkan, spermatic cord akan di ikat macam kat dalam video tu (dah start pening lah tu)
  4. Lepas dah ikat, testis di potong dari cord tadi dan benda yang sama dibuat pada kedua-dua testis.
  5. Dan selesai sudah proses pemandulan tapi sebelum itu, scrotum yang dibelah tadi mesti ditutup semula, untuk kucing just kepit sebab kulit scrotum kucing nipis je tak perlukan jahitan. Kalau anjing baru boleh jahit.
Testis-testis comel yang telah di potong..wakakakak

Macam kucing betina, pemandulan kucing jantan ni ada kebaikan, antaranya :
  1. Kucing jantan jadi kurang agresif, so kucing ni takde lah bergaduh dengan kucing lain.
  2. Mengurangkan spraying, pernah nampak kan kucing ni main pancut air kencing merata-rata..haha.bila dah castrate , kucing jadi behave sikit..
  3. Dan dapat mengurangkan risiko-risiko penyakit kucing jantan dan secara tak langsung dapat memanjangkan hayat kucing kita.

Oke, itu je kot. ekeke. Ada sesetengah pihak membantah pemandulan kucing ni , tapi kita kena pikir kebaikkan pemandulan ni adalah untuk kesejahteraan kucing juga. TATA








Tuesday 26 July 2011

[video] Pengkasian kucing betina (spaying)



Assalamualaikum.

Entri hari ini takde haiwan comel-comel tapi nak berkongsi video cara pemandulan kucing betina atau dalam English spaying.Video ni saya ambil masa praktikal beberapa tahun yang lepas (projek presentation). Korang yang ada kucing mesti pernah hantar pergi klinik untuk mandul kan? okelah, JOM lah tengok video ni saya dah cut-cut, hehe. takde darah-darah tau. Sesuai untuk tontonan umum. HEHE


Kucing tu dah dipengsankan dan dibaringkan dalam keadaan macam tu ye sebab belahan akan dibuat pada bahagian perut.
Dalam video korang boleh nampak lidah kucing di keluarkan supaya mulut kucing tu terbuka untuk pernafasan. .


Seterusnya, belahan di buat pada Linea Alba, kenapa linea alba? sebab kurang pendarahan berlaku kalau di buat situ kerana linea alba ni adalah fibrous structure, takde blood vessel atau nerve kat situ ya.hehe. 


Lepas belahan dah dibuat, kena cari uterus horn pula. Sebab uterus ni lah yang nak dipotong untuk pemandulan.hehe. tengok ajelah video tu.


Dah jumpa tanduk uterus (organ peranakan), kena ikat pula dengan benang khas untuk mengurangkan pendarahan bila dipotong, pasal tu korang tengok darah kurang. hehe . kedua-dua belah uterus dipotong (benang tu boleh larut dalam badan)



Dah potong kedua-dua tanduk uterus, selesailah suda pemandulan, tapi sebelum tu kena jahit dulu belahan tadi untuk tutup. Amboi takkan biar macam tu je, berjuntai-juntai isi perut kalau tak jahit semula..ekekeke



Oke selesailah sudah proses pemandulan kucing, urut-urut bahagian belahan tadi untuk memastikan jahitan tadi kuat.hehe . Biarkan kucing tidur dan berehat selama beberapa jam barulah boleh bawak pulang ke rumah. hehe

Ada banyak kebaikan pengkasian kucing ni antaranya:
  • Dapat mengurangkan risiko penyakit atau feline diseases, secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat kucing korang.
  • Kucing betina ni jadi tak miang bila tiba musim mengawan, so dapat mengelakkan dari unwanted kitten dan overpopulation. 
  • Behavior kucing betina pun akan berubah di mana dia tak meracau-racau nak mengawan. Lepas tu takde lah kucing betina korang lari dari rumah cari jantan ye tak?.haha
Bahagian yang dibulatkan merah itulah yang dipotong

Macam belajar biology pula kita, huhu taknak terang lagi detail nanti korang pening akupun jadi pening, video ni dah lama, terjumpa kat folder laptop lama, so apa salahnya kita berkongsi-kongsi info dan pengalaman, betul tak? HAHA

uterus horn yang telah di potong tadi





Thursday 21 July 2011

Hamster membiak



Assalamualaikum


 HEHE 'masa yang sesuai untuk Hamster mengawan'. hehe, topik ni dapat bila rujuk keyword kat nuffnang. Tengok gambar bawah ni (kotak merah)

Tengok yang dalam kotak kuning tu, apa punya bahasa lah tu..wakakak

Aku tahu orang tu tak dapat pun jawapan kat blog ni sebab aku tak buat pasal ni lagi. So, I guess dia nak cari masa yang sesuai untuk dwarf hamster mengawan la ye ?

Oke.Dwarf hamster matang pada umur 30 hari, tapi umur tu tak sesuai lagi untuk membiak. So, masa yang sesuai untuk membiak bagi dwarf hamster adalah pada umur 3 - 4 bulan untuk betina dan untuk jantan pula umur 2-3 bulan dah cukup matang untuk membiak.

Untuk membiak ni kita kena tengok pasangan Hamster tu juga, jangan bagi membiak antara sibling sebab boleh menyebabkan genetic disorder, di khuatiri ada yang bawa recesive allele (wahh, tetiba ingat subjek genetic).

Dan kena ingat, hamster takkan membiak dalam persekitaran yang sejuk, tapi kat Malaysia ni panas, so takde hal sangat kot untuk membiak.haha

Baby roborovski 
Tempoh bunting untuk dwarf hamster ni tak tentu depends on jenis, so aku bagi average 21 hari. Untuk Hamster syrian 16 hari. Tanda-tanda yang boleh kita nampak bila Hamster tu dah pregnant, perut jadi bulat dan puting jadi bengkak. Tanda-tanda ni ada bila Hamster tu dah nak dekat beranak dah. So, dalam tempoh tu kita kena bersihkan kandang dan tukar bedding sebab once Hamster tu dah beranak, kita tak boleh dah ganggu cage tu, takut Hamster jadi stress dan makan anak dia.wakakaka.

Oke, itu ajelah pasal Hamster. Entri simple je, dah ramai pun yang buat kan.haha. Kalau nak baca pasal Hamster lagi or other pets, cari je kat post-post yang lepas. Okai sekian!

P/S : rudarpur sax name rutu bulu filim siapa tahu apa maksud keyword ni ? wakakakaka


Wednesday 20 July 2011

Pekara yang perlu tahu sebelum bela Sugar Glider.



Assalamualaikum


Heloo para-para pet lover dan pet lover in the making. Hehe. Hari ni aku (saya) nak buat pasal Sugar Glider (SG) pula. Sebenarnya dah ramai yang request suruh buat pasal SG ni, sampai akupun jadi tekanan, wakakak. Bukan taknak buat pasal SG tapi haiwan ni aku tak bela so rasanya kurang mengancam lah entri kalau takde experience bela haiwan ni kan.


Tapi takpe, aku buat juga, entri ini sangat basic tau. Oke, sejak SG ni keluar Majalah 3 memang aku nampak ramai yang buat entri pasal SG dan ramai juga yang nak bela ye.

*gambar ehsan dari kosmet
So, untuk entri blog ini, aku taknak buat entri yang biasa macam orang  lain dah buat, Aku nak tukar sikit, kali ni kita cerita pasal keburukkan SG pula. Aku bukan nak kata SG ni pet yang tak elok tapi cuma nak bagi peringatan sikit pada siapa-siapa yang rancang nak bela haiwan ni, pertama kali kena study dulu pasal haiwan ni then fikir apa kebaikan dan keburukkan haiwan ni sebelum buat keputusan, supaya nanti tak menyesal pula ye bela haiwan ni dan duit pun tak melayang.hehe. Kalau dah nyesal mesti ada kes dera dan buang pet ye tak? Wakakak (kalau taknak boleh derma kat aku)

Sebab ramai antara kita ni bila tengok haiwan comel terus nak bela tanpa kaji dulu tentang pet tu. So jangan ikut impulse korang bila beli pet. Tengok kemampuan diri dulu before rancang nak bela apa-apa pet .hehe.



"teruskan membaca, jangan malas"





Untuk entri kali ni aku dah buat conversation dengan dua orang owner yang bela SG, iaitu kosmet aku (nama dirahsiakan) dan juga Ainan Tasneem, kenal Ainan Tasneem tak? Kalau tak kenal klik SINI tengok lagu dia.best wo ! Marilah kita baca~


Kebisingan
Okai kedua-dua mereka ni kata SG bising waktu malam, so, rasa-rasa kalau korang taknak tidur malam korang terganggu, baik pikir dua kali before nak bela. (tapi takdelah bising sangat pun kan) Hikhik.


Info – SG adalah haiwan nocturnal dimana aktif pada sebelah malam dan tak aktif pada siang. Pasal tu buat bising menyalak, lompat-lompat sana sini , lebih-lebih lagi cage yang penuh dengan alat mainan SG , memang jadi tambah bising lah malam korang.



Bau
Okai,seterusnya SG ni ada bau. So, pada siapa yang rasanya tak boleh get along dengan pet yang ada bau, tak payah lah bela SG, nanti menyesal. Tapi kalau dah memang suka dan sayang dengan SG ni, bau busuk takde hal sangat kot. Hehe. Dan biasanya, SG jantan yang dah matang akan jadi lebih busuk. ahah

Info – Untuk bau ni ada banyak faktor kenapa SG mengeluarkan bau. Ada 3 jenis bau. First jenis bau yang biasa, normal odor. Second bau masa musim mengawan, yang ni bau kuat sikit dan ketiga adalah bau dari anal gland, untuk bau dari anal gland ni, SG rembes kalau dalam keadaan takut, mungkin takut dengan kucing or binatang lain kat rumah, so SG akan rembes bau ni.


*gambar ehsan dari kosmet..Kawasan yang aku bulatkan kuning tu  adalah gland bau pada SG jantan, ada kawasan botak kat atas kepala.

Oke, ada lagi sebenarnya, tapi cukuplah dua ni, hihi. Dua benda ni biasanya normal pada mana-mana pet, yang ni just nak bagitahu kat siapa yang nak bela SG, kot-kot tak suka situasi macam kat atas. Lagi satu korang yang nak bela SG ni kenalah kuat mental sebab SG ni haiwan cerewet. 



"baca dan baca lagi!"





Selain tu pada siapa yang bercadang nak bela SG lepas ni harus tahu beberapa benda penting seperti benda basic yang kena ada (bonding pouch etc) dan pemilihan kandang, korang takleh letak dalam kandang kecil macam hamster, korang kena beli kandang yang besar, rasanya lebar tak penting tapi kandang tu kena tinggi (seeloknya 3 feet tinggi) Sebab SG ni suka memanjat, dan memang asalnya pun SG ni tinggal kat atas-atas pokok.

*Gambar ehsan dari kosmet.

Kedua, korang kena tahu tentang pemakanan/diet. SG adalah haiwan omnivor di mana diet makanan protien dan sayuran+buahan. Contoh sumber protien yang SG makan seperti mealworm, cengkerik, grasshoper, boiled egg, ayam rebus dan etc. Pasal makanan ni kena kaji betul-betul, sebab SG cerewet memilih makanan. Banyakkan buat research on SG diet ya. Aku nak tolong tak dapat sebab tak ada experience lagi. Nanti salah bagi info pula.

Cengkerik sumber protien untuk body development.


Ketiga, memandangkan SG ni mahal, mesti korang nak bela seekor dulu kan, oke kalau nak bela seekor, tanya diri korang sanggup ke tak bagi perhatian dan luangkan masa dengan SG?. sebab SG ni adalah social animal, perhatian adalah sangat penting. Kalau tak, SG akan depressed yang mana boleh sebabkan masalah kesihatan atau mungkin mati (tragic betul bela SG ni) haha. Tapi kalau bela dua ekor or lebih, SG tak lah sunyi sangat kan.hihi


"teruskan baca, nak habis dah"




Keempat adalah korang kena tahu cara untuk bonding dengan SG anda, masa mula-mula beli SG, memang tak kenal korang, akan ambil masa juga nak bagi SG tu kenal dengan owner (lebih kurang macam anjinglah). Ada banyak cara kita nak bonding dengan SG, rasanya korang boleh google sendiri, sebab kalau aku tulis panjang pula. Tapi lagi banyak kita luangkan masa dengan SG lagi cepatlah proses dia nak kenal kita.
Tips dari Ainan.
Ouh ya, selain tu persediaan mental dan fizikal owner juga penting , dan tak lupa juga kewangan kena stabil, bela SG ni perlukan high maintenance . (haihhh. jadi angan-anganlah aku nak bela)


SO, kepada bakal-bakal owner SG, penting untuk kita study  dulu pasal pet tu sebelum rancang nak bela. Aku buat entri ni pon bukan sebagai expert, akupon nak study juga pasal haiwan exotic ni. Kalau ada pertanyaan eloklah bertanya kepada yang dah berpengalaman bela SG.

ehsan google



"Kalau ada pengetahuan tak guna juga kalau takde pengalaman, dan kalau ada pengalaman tak guna juga kalau takde pengetahuan, So, kedua-duanya penting"


P/S: Apa-apa pun, untuk siapa yang memang dah plan nak bela SG ni, kena study betul-betul pasal haiwan ni sebelum bela. Mungkin kalau ada owner SG yang nak berkongsi info boleh tulis kat ruang komen ya.