Thursday 28 July 2011

Pengkasian Kucing Jantan (castration)

Assalamualaikum


Dah baca entri kembiri kucing betina ? kalau belum boleh klik link tu. Entri hari ni pasal memandulkan kucing juga tapi untuk kucing jantan. Dalam bahasa english di panggil castration. Video ni pun aku (saya) ambil masa praktikal lama dulu, hehe. 


Dalam video ni takde darah-darah dan sesuai untuk tontonan umum .HAHA. JOM lah tengok pet education ni. Atleast kita tau macamana kucing kita di mandulkan kat klinik kan? hehe.



Meh aku ringkaskan prosedur castration tu.(kucing dah dipengsankan dan disuntik bius)

  1. Mula-mula bulu di sekitar scrotum dicukur dan dibersihkan dengan alcohol.
  2. Lepas dah cukur, belahan akan dibuat pada scrotum untuk mengeluarkan testis.
  3. Bila testis dah dikeluarkan, spermatic cord akan di ikat macam kat dalam video tu (dah start pening lah tu)
  4. Lepas dah ikat, testis di potong dari cord tadi dan benda yang sama dibuat pada kedua-dua testis.
  5. Dan selesai sudah proses pemandulan tapi sebelum itu, scrotum yang dibelah tadi mesti ditutup semula, untuk kucing just kepit sebab kulit scrotum kucing nipis je tak perlukan jahitan. Kalau anjing baru boleh jahit.
Testis-testis comel yang telah di potong..wakakakak

Macam kucing betina, pemandulan kucing jantan ni ada kebaikan, antaranya :
  1. Kucing jantan jadi kurang agresif, so kucing ni takde lah bergaduh dengan kucing lain.
  2. Mengurangkan spraying, pernah nampak kan kucing ni main pancut air kencing merata-rata..haha.bila dah castrate , kucing jadi behave sikit..
  3. Dan dapat mengurangkan risiko-risiko penyakit kucing jantan dan secara tak langsung dapat memanjangkan hayat kucing kita.

Oke, itu je kot. ekeke. Ada sesetengah pihak membantah pemandulan kucing ni , tapi kita kena pikir kebaikkan pemandulan ni adalah untuk kesejahteraan kucing juga. TATA








Tuesday 26 July 2011

[video] Pengkasian kucing betina (spaying)



Assalamualaikum.

Entri hari ini takde haiwan comel-comel tapi nak berkongsi video cara pemandulan kucing betina atau dalam English spaying.Video ni saya ambil masa praktikal beberapa tahun yang lepas (projek presentation). Korang yang ada kucing mesti pernah hantar pergi klinik untuk mandul kan? okelah, JOM lah tengok video ni saya dah cut-cut, hehe. takde darah-darah tau. Sesuai untuk tontonan umum. HEHE


Kucing tu dah dipengsankan dan dibaringkan dalam keadaan macam tu ye sebab belahan akan dibuat pada bahagian perut.
Dalam video korang boleh nampak lidah kucing di keluarkan supaya mulut kucing tu terbuka untuk pernafasan. .


Seterusnya, belahan di buat pada Linea Alba, kenapa linea alba? sebab kurang pendarahan berlaku kalau di buat situ kerana linea alba ni adalah fibrous structure, takde blood vessel atau nerve kat situ ya.hehe. 


Lepas belahan dah dibuat, kena cari uterus horn pula. Sebab uterus ni lah yang nak dipotong untuk pemandulan.hehe. tengok ajelah video tu.


Dah jumpa tanduk uterus (organ peranakan), kena ikat pula dengan benang khas untuk mengurangkan pendarahan bila dipotong, pasal tu korang tengok darah kurang. hehe . kedua-dua belah uterus dipotong (benang tu boleh larut dalam badan)



Dah potong kedua-dua tanduk uterus, selesailah suda pemandulan, tapi sebelum tu kena jahit dulu belahan tadi untuk tutup. Amboi takkan biar macam tu je, berjuntai-juntai isi perut kalau tak jahit semula..ekekeke



Oke selesailah sudah proses pemandulan kucing, urut-urut bahagian belahan tadi untuk memastikan jahitan tadi kuat.hehe . Biarkan kucing tidur dan berehat selama beberapa jam barulah boleh bawak pulang ke rumah. hehe

Ada banyak kebaikan pengkasian kucing ni antaranya:
  • Dapat mengurangkan risiko penyakit atau feline diseases, secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat kucing korang.
  • Kucing betina ni jadi tak miang bila tiba musim mengawan, so dapat mengelakkan dari unwanted kitten dan overpopulation. 
  • Behavior kucing betina pun akan berubah di mana dia tak meracau-racau nak mengawan. Lepas tu takde lah kucing betina korang lari dari rumah cari jantan ye tak?.haha
Bahagian yang dibulatkan merah itulah yang dipotong

Macam belajar biology pula kita, huhu taknak terang lagi detail nanti korang pening akupun jadi pening, video ni dah lama, terjumpa kat folder laptop lama, so apa salahnya kita berkongsi-kongsi info dan pengalaman, betul tak? HAHA

uterus horn yang telah di potong tadi





Thursday 21 July 2011

Hamster membiak



Assalamualaikum


 HEHE 'masa yang sesuai untuk Hamster mengawan'. hehe, topik ni dapat bila rujuk keyword kat nuffnang. Tengok gambar bawah ni (kotak merah)

Tengok yang dalam kotak kuning tu, apa punya bahasa lah tu..wakakak

Aku tahu orang tu tak dapat pun jawapan kat blog ni sebab aku tak buat pasal ni lagi. So, I guess dia nak cari masa yang sesuai untuk dwarf hamster mengawan la ye ?

Oke.Dwarf hamster matang pada umur 30 hari, tapi umur tu tak sesuai lagi untuk membiak. So, masa yang sesuai untuk membiak bagi dwarf hamster adalah pada umur 3 - 4 bulan untuk betina dan untuk jantan pula umur 2-3 bulan dah cukup matang untuk membiak.

Untuk membiak ni kita kena tengok pasangan Hamster tu juga, jangan bagi membiak antara sibling sebab boleh menyebabkan genetic disorder, di khuatiri ada yang bawa recesive allele (wahh, tetiba ingat subjek genetic).

Dan kena ingat, hamster takkan membiak dalam persekitaran yang sejuk, tapi kat Malaysia ni panas, so takde hal sangat kot untuk membiak.haha

Baby roborovski 
Tempoh bunting untuk dwarf hamster ni tak tentu depends on jenis, so aku bagi average 21 hari. Untuk Hamster syrian 16 hari. Tanda-tanda yang boleh kita nampak bila Hamster tu dah pregnant, perut jadi bulat dan puting jadi bengkak. Tanda-tanda ni ada bila Hamster tu dah nak dekat beranak dah. So, dalam tempoh tu kita kena bersihkan kandang dan tukar bedding sebab once Hamster tu dah beranak, kita tak boleh dah ganggu cage tu, takut Hamster jadi stress dan makan anak dia.wakakaka.

Oke, itu ajelah pasal Hamster. Entri simple je, dah ramai pun yang buat kan.haha. Kalau nak baca pasal Hamster lagi or other pets, cari je kat post-post yang lepas. Okai sekian!

P/S : rudarpur sax name rutu bulu filim siapa tahu apa maksud keyword ni ? wakakakaka


Wednesday 20 July 2011

Pekara yang perlu tahu sebelum bela Sugar Glider.



Assalamualaikum


Heloo para-para pet lover dan pet lover in the making. Hehe. Hari ni aku (saya) nak buat pasal Sugar Glider (SG) pula. Sebenarnya dah ramai yang request suruh buat pasal SG ni, sampai akupun jadi tekanan, wakakak. Bukan taknak buat pasal SG tapi haiwan ni aku tak bela so rasanya kurang mengancam lah entri kalau takde experience bela haiwan ni kan.


Tapi takpe, aku buat juga, entri ini sangat basic tau. Oke, sejak SG ni keluar Majalah 3 memang aku nampak ramai yang buat entri pasal SG dan ramai juga yang nak bela ye.

*gambar ehsan dari kosmet
So, untuk entri blog ini, aku taknak buat entri yang biasa macam orang  lain dah buat, Aku nak tukar sikit, kali ni kita cerita pasal keburukkan SG pula. Aku bukan nak kata SG ni pet yang tak elok tapi cuma nak bagi peringatan sikit pada siapa-siapa yang rancang nak bela haiwan ni, pertama kali kena study dulu pasal haiwan ni then fikir apa kebaikan dan keburukkan haiwan ni sebelum buat keputusan, supaya nanti tak menyesal pula ye bela haiwan ni dan duit pun tak melayang.hehe. Kalau dah nyesal mesti ada kes dera dan buang pet ye tak? Wakakak (kalau taknak boleh derma kat aku)

Sebab ramai antara kita ni bila tengok haiwan comel terus nak bela tanpa kaji dulu tentang pet tu. So jangan ikut impulse korang bila beli pet. Tengok kemampuan diri dulu before rancang nak bela apa-apa pet .hehe.



"teruskan membaca, jangan malas"





Untuk entri kali ni aku dah buat conversation dengan dua orang owner yang bela SG, iaitu kosmet aku (nama dirahsiakan) dan juga Ainan Tasneem, kenal Ainan Tasneem tak? Kalau tak kenal klik SINI tengok lagu dia.best wo ! Marilah kita baca~


Kebisingan
Okai kedua-dua mereka ni kata SG bising waktu malam, so, rasa-rasa kalau korang taknak tidur malam korang terganggu, baik pikir dua kali before nak bela. (tapi takdelah bising sangat pun kan) Hikhik.


Info – SG adalah haiwan nocturnal dimana aktif pada sebelah malam dan tak aktif pada siang. Pasal tu buat bising menyalak, lompat-lompat sana sini , lebih-lebih lagi cage yang penuh dengan alat mainan SG , memang jadi tambah bising lah malam korang.



Bau
Okai,seterusnya SG ni ada bau. So, pada siapa yang rasanya tak boleh get along dengan pet yang ada bau, tak payah lah bela SG, nanti menyesal. Tapi kalau dah memang suka dan sayang dengan SG ni, bau busuk takde hal sangat kot. Hehe. Dan biasanya, SG jantan yang dah matang akan jadi lebih busuk. ahah

Info – Untuk bau ni ada banyak faktor kenapa SG mengeluarkan bau. Ada 3 jenis bau. First jenis bau yang biasa, normal odor. Second bau masa musim mengawan, yang ni bau kuat sikit dan ketiga adalah bau dari anal gland, untuk bau dari anal gland ni, SG rembes kalau dalam keadaan takut, mungkin takut dengan kucing or binatang lain kat rumah, so SG akan rembes bau ni.


*gambar ehsan dari kosmet..Kawasan yang aku bulatkan kuning tu  adalah gland bau pada SG jantan, ada kawasan botak kat atas kepala.

Oke, ada lagi sebenarnya, tapi cukuplah dua ni, hihi. Dua benda ni biasanya normal pada mana-mana pet, yang ni just nak bagitahu kat siapa yang nak bela SG, kot-kot tak suka situasi macam kat atas. Lagi satu korang yang nak bela SG ni kenalah kuat mental sebab SG ni haiwan cerewet. 



"baca dan baca lagi!"





Selain tu pada siapa yang bercadang nak bela SG lepas ni harus tahu beberapa benda penting seperti benda basic yang kena ada (bonding pouch etc) dan pemilihan kandang, korang takleh letak dalam kandang kecil macam hamster, korang kena beli kandang yang besar, rasanya lebar tak penting tapi kandang tu kena tinggi (seeloknya 3 feet tinggi) Sebab SG ni suka memanjat, dan memang asalnya pun SG ni tinggal kat atas-atas pokok.

*Gambar ehsan dari kosmet.

Kedua, korang kena tahu tentang pemakanan/diet. SG adalah haiwan omnivor di mana diet makanan protien dan sayuran+buahan. Contoh sumber protien yang SG makan seperti mealworm, cengkerik, grasshoper, boiled egg, ayam rebus dan etc. Pasal makanan ni kena kaji betul-betul, sebab SG cerewet memilih makanan. Banyakkan buat research on SG diet ya. Aku nak tolong tak dapat sebab tak ada experience lagi. Nanti salah bagi info pula.

Cengkerik sumber protien untuk body development.


Ketiga, memandangkan SG ni mahal, mesti korang nak bela seekor dulu kan, oke kalau nak bela seekor, tanya diri korang sanggup ke tak bagi perhatian dan luangkan masa dengan SG?. sebab SG ni adalah social animal, perhatian adalah sangat penting. Kalau tak, SG akan depressed yang mana boleh sebabkan masalah kesihatan atau mungkin mati (tragic betul bela SG ni) haha. Tapi kalau bela dua ekor or lebih, SG tak lah sunyi sangat kan.hihi


"teruskan baca, nak habis dah"




Keempat adalah korang kena tahu cara untuk bonding dengan SG anda, masa mula-mula beli SG, memang tak kenal korang, akan ambil masa juga nak bagi SG tu kenal dengan owner (lebih kurang macam anjinglah). Ada banyak cara kita nak bonding dengan SG, rasanya korang boleh google sendiri, sebab kalau aku tulis panjang pula. Tapi lagi banyak kita luangkan masa dengan SG lagi cepatlah proses dia nak kenal kita.
Tips dari Ainan.
Ouh ya, selain tu persediaan mental dan fizikal owner juga penting , dan tak lupa juga kewangan kena stabil, bela SG ni perlukan high maintenance . (haihhh. jadi angan-anganlah aku nak bela)


SO, kepada bakal-bakal owner SG, penting untuk kita study  dulu pasal pet tu sebelum rancang nak bela. Aku buat entri ni pon bukan sebagai expert, akupon nak study juga pasal haiwan exotic ni. Kalau ada pertanyaan eloklah bertanya kepada yang dah berpengalaman bela SG.

ehsan google



"Kalau ada pengetahuan tak guna juga kalau takde pengalaman, dan kalau ada pengalaman tak guna juga kalau takde pengetahuan, So, kedua-duanya penting"


P/S: Apa-apa pun, untuk siapa yang memang dah plan nak bela SG ni, kena study betul-betul pasal haiwan ni sebelum bela. Mungkin kalau ada owner SG yang nak berkongsi info boleh tulis kat ruang komen ya.


Tuesday 19 July 2011

Pet - Guinea Pig


Assalamualaikum

Sepanjang blogging ni ramai ye yang ingat GP ni sama dengan Hamster. Hehe, tak sama ye adik, kakak dan abang-abang. Haha. Kalau nak tahu, GP ni sama famili dengan hamster, mice, rat, gerbils, tupai dan  chinchilla iaitu Rodent tapi spesis lain-lain ye pasal tu mereka ni ada iras-iras. Haha. Pikachu, rattata yang kartun Pokemon tu pun rodent taw tak.wakakaka.

Bibir masa umur 2 bulan.
Oke hari ni just nak senaraikan beberapa fakta umum mengenai Guinea Pig (GP) sebagai pengenalan dengan haiwan comel ni.

  1. Nama official GP adalah Cavy ye, so lepas ni kita panggil cavy je, panggil Guinea Pig macam panjang pula kan. Hehe.

  1. Jangka hayat (life span) GP boleh hidup dalam 4 hingga 8 tahun . Lama juga berbanding hamster 2-3 tahun je.

  1. Kalau nak tahu GP ni perenang yang baik , wah good swimmer. hehe itu fakta je lah. tapi cuba try bagi GP berenang, konfirm tenggelam. haha

  1. GP ni adalah haiwan diurnal, tahu apa tu diurnal? Diurnal bermaksud aktif pada siang hari dan tak aktif pada belah malam, lebih kurang macam manusia lah.*Pernah baca artikel lain tulis GP ni nocturnal animal

  1. Kalau nampak GP ni melompat-lompat gedik kita boleh tahu yang GP tu tengah happy and excited, behaviour tu dipanggil popcorning. Boleh tengok contoh video ni *bukan video aku


6.    Baby GP lahir je dah ada bulu, mata terbuka dan boleh makan sendiri. Tak sama macam anak tikus, arnab dengan hamster taw.hehe

7.   GP juga susah nak dapat penyakit *tu pun kalau owner reti menjaga la

8.   GP juga haiwan pembersih dan tak bau taw.

9.    Dan GP ni haiwan herbivour which is makan sayuran, buahan, rumput kering (hay) dan juga pellet.

10.Paling best GP ni kenal owner dia dan manja, contohnya GP ni alert taw kalau kita nak bagi makan,dia akan menjerit (whistle). Macam video kat bawah ni. *boleh tengok entri INI untuk feeding.


Oke tu je lah, fakta yang agak simple, malas nak taip panjang-panjang, tunggu versi Vlog (entahnye bila) baru boleh cerita panjang-panjang..wakakak. So, pada siapa yang dah jatuh cinta dengan GP bolehlah beli kat petshop (mahal) ataupun kat ladang-ladang yang ada jual GP (murah). Seronok jaga GP ni, bila tengok muka binatang ni stress pun boleh hilang (kat kolej tiap-tiap hari stress, nasib baik ada GP) haha

Okai sekian !    

                 

   

Sunday 17 July 2011

Makanan tak patut bagi Hamster ?



Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal Hamster lagi . Aku (saya) tengok ramai yang bela hamster, which is baguslah sebagai pet permulaan bagi siapa-siapa yang suka binatang. Tapi bila dah ada pet kita kenalah tahu macam mana nak jaga makan minum tu semua kan, okai kali ni nak cerita sikit pasal topik yang agak general iaitu makanan yang kita TAK PATUT beri kepada Hamster.

Sini aku senaraikan beberapa jenis makanan, yang ni aku bagi general je , yang biasanya kita tersilap bagi kat Hamster . 



Chocolate.
Binatang ni memang suka benda-benda yang manis. So kena tahu yang coklat ni tak baik untuk hamster dan juga  small animal yang lain (kucing, anjing dan etc ) Boleh rujuk ENTRI ini ya . Selain tu benda manis ni boleh sebabkan diabetes pada hamster (bukan manusia je)



Buah-buahan dan Sayuran.
Okai untuk buah-buahan dan sayuran BOLEH bagi makan kat hamster, tapi kena HADkan kuantiti yang kita bagi. Sebagai contoh tembikai, kalau bagi banyak sangat makan tembikai, hamster kita boleh kena diarhoea. Lebih-lebih lagi untuk dwarf hamster yang senang kena diarhoea. Kenapa boleh diarhoea? Sebab kandungan air dalam makanan tu tinggi.


Bawang Merah dan Garlic
Hah. yang ni pun kita tak boleh bagi. Bahaya ye kepada hamster dan small animal yang lain, boleh menyebabkan anemia (kurang sel darah merah)



Makanan bergaram dan bahan pengawet
Yang ni contohnya macam keropok . hehe. Amboi, kekadang Hamster ni nampak je kita makan keropok diorang pun nak ye. hehe. Keropok ada kandungan bahan pengawet, di mana kalau kita bagi kat hamster boleh menyebabkan cancer pada hamster ye, bukan manusia je boleh kena cancer, binatang pon boleh.


Oke, itu ajelah yang dapat aku bagi, sebenarnya ada banyak lagi tapi aku just bagi yang ni sebab makanan macam ni lah yang kita selalu jumpa, dan mesti ada antara korang yang pernah terbagi makanan macam ni kan. hehe.

Memang benda ni simple dan orang selalu terlepas pandang, tapi kena ingat, dari mana datangnya penyakit kalau bukan dari makanan (selain environment). So berhati-hati, life span hamster dalam 2-3 tahun, mesti korang taknak hamster hidup setahun je kan. hehe


Okai sekian              

Hamster curi makanan Guinea pig 

Yarhh..akhirnya dapat makan.. nyum nyum

P/S : Contoh makanan lain apple seed, potato, lemon, orange dan banyak lagi lah, boleh google cari eh.hehe. weekend ni terpost entri pasal pet pula..huahua




Wednesday 13 July 2011

Bulu HAMSTER gugur ?




Assalamualaikum !

Dah tiga entri buat pasal Hamster dan Hamster , ramai pula hamster lover kat sini ye. hehe. Okai kali ni ada pertanyaan dari blogger juga,  (dah macam pet consultant pula aku ni) . huhu JOM baca soalan dia 



Amboi, panjang muqadimah soalan si YD ni, siap tarik anak-anak sampai putus dua..kihkihkih. Okai, soalan cik YD ni berkenaan dengan keguguran bulu pada hamster. Amboi kau nak bawak pergi buat Yun nam hair care, lagi botak hamster tu adelah nanti.wakakaka . Mungkin hamster korang pun pernah mengalaminya bulu gugur kan.

Oke, berbalik kepada soalan, ada banyak faktor kenapa bulu hamster gugur, antaranya ialah 

1. Kutu/mites dan lice, kalau nampak hamster korang garu sana sini sampai merah dan bulu gugur itu mungkin disebabkan oleh kutu. Kena bersihkan kandang yer dan tukar bedding.

2. Hamster si YD ni maybe dah tua, hamster kalau dah tua dia akan kehilangan bulu start pada bahagian kawasan kaki belakang dan pinggul serta perut ye. So, YD check lah mana bahagian bulu yang banyak hilang tu.

3. Kehilangan bulu juga disebabkan oleh kekurangan nutrient dalam diet, so belilah makanan hamster kat petshop, yang full diet nutrition. hehe

4. Dan, mungkin juga di sebabkan oleh bedding yang kita guna (cedar etc), sesetengah bedding boleh mengakibatkan allergies pada hamster, salah satunya adalah keguguran bulu dan respiratory disease. (tapi aku guna bedding tak ape-ape pun).

Oke, tu je kot aku dapat bagi, apa-apa pun better bawa ke vet untuk check, atau boleh check sendiri kat rumah tengok apa faktor yang sebabkan bulu gugur macam kat atas. Tapi untuk hamster yang dah tua, keguguran bulu memang normal, kalau hamster dah berusia 2 tahun tu agak-agak dah tua ke belum? hehe

roborovski babies..hehe














Tuesday 12 July 2011

HAMSTER berisiko bawa penyakit ?


Assalamualaikum




Updated *


Laporan akhbar KOSMO 14 Feb 2012
Gambar atas adalah keratan akhbar diambil dari akhbar KOSMO, pasti ramai yang jadi panik kan bila baca tajuk berita itu? Pada hari itu juga saya telah menghantar email kepada penulis tersebut menanyakan tentang pengesahan jika betul mangsa tersebut terkena penyakit leptospirosis / kencing tikus sampai menyebabkan tangan dan kaki dipotong. Namun penulis tiada pengesahan daripada pakar dan hanya mendapat laporan untuk ditulis. Jadi saya simpulkan yang berita ini tidak sahih dan orang awam tidak perlu panik. Penyakit kencing tikus menyerang sistem badan kita dan organ dalaman kita, tapi dalam akhbar menyatakan kaki dan tangan di potong? sebab ? tak tahu. (nanti boleh rujuk link-link kat bawah untuk baca penularan wabak dan apa simptom-simptom penyakit.


Email yang dibalas oleh penulis

Jadi, pada siapa yang mencari jawapan, kencing hamster ataupun guinea pig tidak merbahaya kepada kita selagi kita menjaga kebersihan kandang dan pemakanan mereka serta tiada contact dengan haiwan liar lain seperti tikus liar.


Tikus liarlah yang berisiko tinggi menjadi pembawa penyakit Leptospirosis ini iaitu bakteria leptospira melalui air kencing tikus.

Kerana, tikus liar tinggal di persekitaran yang kotor dan pemakanan yang kotor. Tikus liar adalah pembawa utama bakteria ini, namun kucing, anjing, hamster ataupun guinea pig mampu menjadi pembawa kedua sekiranya ada contact dengan tikus ini tadi.




website ini menerangkan lagi detailed mengenai leptospirosis
(ada tab pasal symptom, cause dan prevention)

http://www.nhs.uk/Conditions/Leptospirosis/Pages/Introduction.aspx

Dalam tu ada tulis :

"Animals known to be carriers of the leptospira bacteria include:
- cows
- pigs
- dogs
- rodents, PARTICULARLY RATS"
Rats yang dimaksudkan adalah wild rats, jadi kenapa hamster yang perlu disalahkan? haha


Untuk futher information boleh search rat diseases di google. 

Website di bawah ni menerangkan tentang penyakit yang dibawa oleh tikus liar.




Jangan risau, hamster, guinea pig ataupun pets lain masih selamat kita pelihara selagi kebersihan, pemakanan dan habitat terjaga. Dan bukan pets dari rodents sahaja yang berisiko menjadi pembawa penyakit zoonotic, tapi haiwan peliharaan lain juga seperti kucing dan anjing.

Kalau semua di atas kita tak jaga, ini yang akan berlaku, boleh baca link kat bawah ini

Hamster


Additional info (penyakit lain selain Leptospirosis)

Walaubagaimanapun, tidak semua tikus membawa penyakit, ianya seperti manusia, tak semua orang membawa penyakit AIDS, orang yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat sahaja yang membawa penyakit itu, sama juga seperti tikus, jika habitat bersih dan terjaga, InsyaAllah, penyakit tak ada. hee











_________________________________________________________________________________

Di bawah ini entri lama. HAHA
______________________________________________________________________________








Okai hari ni bukan info macam sebelum ni, entri ni lebih kepada perbincangan sikit ( lebih kurang info kot). Semalam buka FB ada seorang adik ni inbox (masih sekolah so adiklah. haha) . Adik ni tanya pasal hamster pembawa penyakit ke? Lebih kurang macam tu lah soalannye.
Mari kita beramai-ramai baca soalan adik ni (print screen).



Aku faham apa adik ni cuba sampaikan, dia suka hamster tapi takut nak bela sebab anggap hamster ni macam tikus yang boleh bawa penyakit which is kencing tikus sangat dangerous sampai maut. Hinggakan cikgu dia pun tak galakkan yer?.


Guinea pig, hamster dan tikus memang dikategorikan sebagai rodent, tapi berlainan spesis. Hamster bawa penyakit ? aku kata YA, sekirannya kandang tak dibersihkan, kita bagi makanan yang rosak dan tercemar , taik bertimbun-timbun hingga berlalat-lalat dan banyak lagi lah.

Hah, jangan takut bela hamster pula lepas ni, SEBENARNYA hamster tak sama macam tikus, ooo mesti ada yang pikir kencing hamster ni macam kencing tikus yang boleh bawa maut kan .hahaha. Kencing tikus memang sangat bahaya sebab mengandungi berjuta-juta lemon bacteria !. Kenapa ada bacteria ? sebab tikus ni tinggal tempat kotor, makan makanan kotor dan segala-galanya yang kotor lah tempat tinggal bacteria, fungi dan virus ! dari situlah penyakit datang . Tikus yang aku maksudkan adalah wild rat/tikus liar yer. 



"teruskan baca , jangan malas"





HAMSTER ? kenapa kencing hamster tak bahaya pula?.Sebab hamster ni kita bela dalam rumah, dalam sangkar yang suci bersih atau pendek cerita hamster ni indoor animal yang tak terdedah dengan kotor sana sini. Kalau nak tahu tikus liar adalah vektor atau pembawa penyakit bukan sahaja kepada manusia, tapi kepada haiwan lain. Jadi kena ingat walaupun hamster kita ni dalam rumah, kita kena make sure hamster kita ni takde direct contact dengan tikus liar, ye lah mana tahu tikus liar ni nak berkenalan kan. hehe, kalau ada contact, dari situlah jadinya penyakit berjangkit. Dari tikus ke hamster, dari hamster ke owner .


"baca lagi sampai habis, wakaka! "





SO, kalau hamster kita sakit ke apa, apa yang perlu kita buat? first ofcoz la kita bawak ke klinik vet untuk  check, dan paling penting adalah cara kita handle hamster kita, kalau dah tahu sakit kita jangan peluk-peluk cium pula "wuwuh, kecian dier cakit, nanti kitew bawak gi klinik k ..mumuhh!" hahaha..Jangan buat macam tu, dari situ lah bacteria boleh transmit. Dan jangan lupa setiap kali handle hamster, kita kena BASUH tangan bersih-bersih. Rasanye bela hamster atau apa-apa pet ni simple je, apa yang penting adalah KEBERSIHAN. So, dari situ kita boleh elak dari penyakit.


P/S : JANGAN RISAU SELAGI KEBERSIHAN HAIWAN PELIHARAAN KITA TERJAGA, INSYAALLAH BEBAS DARI PENYAKIT.



Monday 11 July 2011

Pet - Hamster



Assalamualaikum !


Sebelum ni ada request untuk buat ARNAB, kali ni request  pasal hamster pula. Sebelum tu, aku nak cerita sikit, hamster Syrian adalah pet pertama yang aku bela dan beli guna duit sendiri. haha..masa tu masih sekolah lagi (6-7 tahun lepas), tapi hidup 2 tahun lebih je then mati, tu dah lama . Dan  aku ada bela dua ekor hamster jenis roborovski, tapi sekarang dah hadiahkan kat kawan, Gambar kat bawah ni .

Roborovskii hamster. Yang ni dapat free je.

Dan ini request yang diminta oleh Isha Azis. 


Jenis Hamster ?

Okai, Hamster ni ada banyak spesis, tapi yang common adalah Syrian dan Dwarf Hamster. Jenis Syrian tu adalah jenis hamster yang besar, hamster yang biasa . Kedua adalah Dwarf Hamster, ni jenis hamster kenit atau kecil, ada banyak jenis dwarft hamster iaitu Campbell, Roborovski , Chinese dan Siberian/winter white. Hamster cik Isha jenis winter white so, masuk dalam kategori Dwarf hamster lah. (sekarang ni yang jenis syrian tu dah tak popular, Pet Shop banyak jual yang jenis Dwarft je, maybe sebab jenis ni cute dan kecil so ramai yang nak beli )


Tulisan color purple tu jenis dwarf hamster


Oke entri sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak nak bela hamster, sini aku ada senaraikan beberapa fakta yang simple .
1. Jangka hayat hamster ni tak panjang, boleh hidup dalam 2 - 3 tahun (boleh lebih sampai 4 tahun)

2. Hamster jenis syrian ni anti- social, maksudnya kita tak boleh letak sepasang dalam satu kandang, sebab akan bergaduh gigit-gigit sampai mati .haha (aku dulu letak 3 ekor dalam cage sama takpe pun)

3. Untuk yang jenis dwarf pula kita boleh letak berpasangan atau berkumpulan .

4. Kena ingat, gigi hamster ni sentiasa memanjang , so , kita kena bagi chew toy (ada jual kat petshop) dan jangan bagi hamster gigit benda plastik taw sebab bahaya untuk hamster.

5. Dan hamster ni sebenarnya buta warna..ahahah

6. Hamster matang dalam 4-5 minggu dan tempoh bunting hamster adalah 16-18 hari.

7. Yang ni special sikit, kalau hamster tu pregnant, kita boleh tentukan nak anak jantan banyak or nak betina. Contohnya, kalau kita letak pada suhu persekitran yang warm, akan dapat banyak anak jantan, dan kalau letak pada suhu  cool, akan dapat banyak anak betina (tak tahu lah sebab apa, boleh cuba sendiri kat hamster masing2)


Oke, takat tu je fakta pasal hamster, sebenarnya ada banyak lagi tapi nanti panjang berjela-jela pula entri ni.hahah.(boleh google eh cari)

Oke ni soalan famous, kenapa hamster makan baby sendiri ? (ada beberapa faktor, tapi aku bagi dua je)

- Nutrient kurang, ibu hamster makan baby dia sebab kekurangan nutrient protien dalam badan selepas beranak, kita kena make sure kita bagi makanan yang ada protien sebelum dan selepas beranak. Kat petshop ada jual yang khas untuk ibu hamster lepas beranak.

- Dan, disebabkan oleh kita sendiri, kita tak boleh pegang baby tu sebab bila kita pegang, bau tangan kita akan melekat pada baby tu, dan ibu hamster ni akan confuse dan anggap baby tu sebagai makanan.




Hehe..hamster ceroboh rumah my guinea pig

Guinea pig 20 kali ganda besar dari hamster yer.

Okai sekian !