Assalamualaikum
Sudah hampir sebulan saya gunakan Pro Optimum Guinea Pig Essentials sebagai makanan pellets Guinea Pig (GP) saya. Ini kali pertama saya cuba pellet ni dan nampaknya GP saya pun suka makan sampai licin =.=" Haha.
Saya beli kat Pet Lover Centre dengan harga RM26.89 (mahalnya) untuk 1.25kg . kroihh kroih. Yang menarik perhatian saya untuk mencuba pellet ini sebab kat paket dia ada tulis "contains Probiotic". Di mana probiotic ini penting dalam meningkatkan sistem pencernaan makanan dalam usus GP. Kat brand pellet lain tak jumpa pula Probiotic added dalamnya, jadi pellet ini berbaloi dengan harganya yang mahal =..="
tulis kat packaging. Minumum requirement untuk CP 18%. wuwu. certain pellet ada 16 % CP, tapi tak kisahlah asalkan ada protein. Hahah |
Lagi yang menarik tentang pellet ni kat dalam ada buah RoseHip yang dikeringkan, saya tak tahu apa tu rosehip tapi bila google, rosehip ni kaya dengan Vitamin C dan sering dijadikan treat untuk Chinchilla dan Guinea pigs. Tapi kat paket pellets ni claim yang rosehip 'rich in Antioxidant'. hihi. antioxidant pun elok juga untuk prevent GP dari penyakit seperti cancer. Tapi, GP saya tak makan pun rosehip kering tu, mungkin sebab dah kering kot. hehe
inilah buah rosehip yang kering, GP saya tak mahu makan oo, atau rosehip ni digunakan untuk pellets preservation ? antioxidant katanya. -..-" |
Rupa pellets, bentuk macam pellet2 lain juga tapi warna agak dull, tak macam warna pellet hagen, oxbow dan pellet arnab. Warna more to coklat keabuan, huuu, tapi GP suka |
Pellet ni alfalfa based, dan kat paket claim yang pellet ni sesuai untuk semua peringkat umur GP. Tapi pada saya, pellets ni sesuai diberikan kat pregnant GP, underweight GP, Young GP dan GP yang sakit kot. Sebab kandungan Protein yang tinggi tak sesuai diberikan kepada GP yang overweight atau obesiti. Ermm, tapi pellet ni tiada kandungan CORN, so less carbohydrate dan fat pasal tu lah kot sesuai untuk semua peringkat umur. -..- Ooooo patutlah. haha
Hai, my name is Blossom and i'm pregnant. HAHA |
Muahh, thanks Pro Optimum for the pallatable pellets. HAHA |
Saya beli 1.25kg dapat bertahan lebih kurang sebulan untuk seekor GP. (saya bagi kat Blossom yang tengah pregnant) . Tapi saya campur dengan pellet lain pasal tu lambat habis. HAHA . Bau pellet pun menarik walaupun tiada kandungan molasses dalamnya, maybe bau rosehip tu kot =.= .
Video untuk tontonan umum
Model dalam video ni Blossom, tengah sarat mengandung ( bila ntah nak beranak), umur 1 tahun 4 bulan, baru saja kematian mak iaitu Paris akibat kekurusan (overgrown teeth) , boleh cek previous entry.wee
Model dalam video ni Blossom, tengah sarat mengandung ( bila ntah nak beranak), umur 1 tahun 4 bulan, baru saja kematian mak iaitu Paris akibat kekurusan (overgrown teeth) , boleh cek previous entry.wee
Tata, thanks for reading
0 comments:
Post a Comment