Saturday 26 January 2013

10 babies dalam masa seminggu !

Assalamualaikum



Wahh..tahun 2013 ni banyak pula newborn guinea pig (GP), pening tengok bilangannya yang makin menjadi-jadi..erkk. First sekali Meri terberanak pada 19/1/2013. Beranak 4 ekor babies yang comel. Diikuti pula oleh Birbi pada 20/1/2013 dengan 3 ekor babies dan Pipu pada 25/1/2013 juga dengan 3 ekor babies. Berderet anak keluar menjadikan 10 ekor newborn babies pada minggu itu. ciss.

Memandangkan saya akan ke Pahang untuk praktikal selama 4 bulan, maka dengan itu saya akan mencari owner baru untuk anak-anak GP. Bukan free adoption tapi akan dijual kerana GP ada value tersendiri untuk dihargai oleh owner oke. wakakaka. Sedih juga tak dapat tengok anak-anak GP ni membesar. huu. Akan dilepaskan bila dah boleh cerai susu 2 hingga 3 minggu, sekarang umur pun belum sampai seminggu. huu

Dan pada 21/1/2013, Julio GP kesayanganku telah pun mati. huhu, mati disebabkan anorexia dan kesukaran untuk makan akibat dari gigi yang tercabut. huhu. Sedih bila teringatkan Julio. huuuu. Tapi apa boleh buat, umur tak panjang, sempat hidup 3 bulan saja. huuu.

Jom lah tengok gambar-gambar kat bawah ini. Buat pengetahuan, 10 ekor anak-anak GP ni terdiri daripada baka coronet, silkie dan american. Pada siapa yang berminat bolehlah reserve atau ushar dulu sekarang ok. Owner mestilah seorang yang responsible dan penyayang ! Nanti saya akan upload gambar individu mereka kat FB Page.

Dua ekor ni anak Chinchill tapi berlainan mak.haha

25/1/2013 .. anak-anak Pipu X Chinchill

Anak-anak Meri dan Birbie.. huaaa

Amber di samping mayat Julio..huhu 21/1/2013

Anak-anak Birbi 20/1/2013

Anak-anak Meri umur 1 hari

Birbi gave birth!

Anak meri belum kering lagi..ahahaha

Anak-anak meri tunggu kering 19/1/2013

Meri gave birth!!



Sempat rakam video Birbie je. hehe. Pipu pulak tak perasan dia beranak, sedar-sedar anak dah siap kering dah, itupun lepas perasan perut pipu makin slim. hahah

Ramainya mereka, How I'm goin to find good owners for them ? huwaaaa

Tadaaa..hasil daripada cincil terjadila anak hitam seekor. erkkk

Hasil cincil juga dengan Pipu.. ada anak hitam sekor..hahahaha


Saturday 12 January 2013

Penyakit kulit Guinea pig/Marmut - Fungal

Assalamualaikum,

Haha, dah lama nak update pasal ni. Sekarang baru terupdate.

Pipu GP yang saya adopt, gambar masa mula-mula adopt, ingatkan bahagian yang dibulatkan itu crested, rupanya bekas fungus.
Hari tu Guinea pig (GP) saya Meri kena fungus, teruk juga lah kena satu badan. Fungal tu dapat dari GP yang saya adopt dari someone. Time tu Meri tengah sarat bunting, so immune system badan kurang melawan penyakit, more susceptible to get any disease lah kiranya, tambahan pula musim hujan, udara lembab buatkan fungal tu makin menjadi-jadi. Haha.

Apa penyebab fungal ini?
Datang dari persekitaran yang kotor, lembab dan boleh jadi dari jangkitan manusia ataupun haiwan lain yang terkena fungal. Fungal adalah penyakit zoonotik.

Apa yang harus dilakukan?
Tak perlu panik. Panik sikit-sikit je. haha. Benda pertama yang perlu dilakukan adalah asingkan GP yang terkena fungal dengan GP yang lain, sebab fungal senang berjangkit, and then bersihkan cage, cuci dan disinfectant dan jemur bagi kering. Dan jikalau GP jenis bulu yang panjang, seeloknya gunting untuk jaga hygiene and senang nak sapu ubat cream nanti.

Gunting pendek bulu Meri. Supaya senang nak detect fungus dan sapu cream

Rawatan?
Bagi yang tak dapat bawa pergi berjumpa doktor Vet jangan risau, kita boleh rawat sendiri, just beli ubat antifungal kat farmasi (for human) atau beli kat petshop. Untuk ubat boleh beli topical cream dan shampoo antifungal, macam-macam jenis ubat yang penting kandungan ubat itu bersesuaian untuk merawat fungus. Boleh rujuk website INI untuk jenis ubatan. Saya guna ubat dan shampoo antifungal dengan kandungan miconazole. Cream kena sapu hari-hari dan pastikan GP tak jilat tempat yang di sapu. Untuk shampoo pula sila baca kertas instruction yang disediakan. Jika GP bunting, kena pastikan ubat yang digunakan bersesuaian, sesetengah ubat antifungal tak boleh digunakan pada pregnant animal contohnya terbinafine.  Rawatan lain seperti ubat oral bla bla bla. 

Cream dan shampoo antifungal, beli kat farmasi je
Yang ini pula beli kat pet store. Mahal. and kandungannya tak boleh guna untuk pregnant animal. kat kotak tak tulis pun 
Bila nak apply ubat itu pastikan baca dahulu instruction, kena sapu hari-hari sehingga fungus hilang, biasanya akan mengambil masa 2 minggu untuk sembuh. Macam GP saya cuma mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk fungus itu kering dan sembuh. Tapi rawatan kena buat sehingga fungal betul-betul hilang dari badan.

Di bawah adalah gambar progress waktu merawat fungal Meri, hehe, ada gambar yang tak tangkap. Thanks for your reading, hope perkongsian ini bermanfaat untuk korang. Tata !

Ni adalah first sign yang saya nampak pada meri, ringworm.

Akibat lambat merawat inilah jadinya, by the way, masa ni apply guna terbinafine tu.

fungus area lain pula, dan banyak lagi kat area yang lain

Semakin pulih dengan hanya guna cream antifungal yang beli kat farmasi tu je

see, kulit jadi clear dari sebelum ini yang ada lesion

kat bahagian lain, makin pulih. kejap je dengan rawatan itensif

Totally clear from fungal. Tunggu bulu tumbuh je.








Wednesday 2 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013 !

Assalamualaikum..

My first entry in the new years 2013!

Julio and the geng!
waaa..sedar tak sedar dah tahun baru. Baru terdetik nak update blog, hahah, cepat sangat masa berlalu, dah nak habis study pun di UPM ni. huwaaa. Semester depan kena pergi latihan industri pula selama 4 bulan and then barulah officially tamat pengajian sebagai pelajar di UPM. Rasa nak menangis je, lepas ni in future tak tahu apa jadi, kerja? master? or menganggur? hehe. yang pasti saya ada rancangan sendiri dan hala tuju selepas ini. gituuu

Nak wish SELAMAT TAHUN BARU, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN DAN SELAMAT BERCUTI !!! waaaa.. 2013 ini akan menjadi lembaran baru, we will see what happen next! nak tambah pets selain GP and start my own business ! thanks for your reading and KBYE!

Kalau rindu dengan my GP silalah jenguk youtube saya ye, dalam tu ada video mereka! 


Pipu in the house !