Saturday 26 January 2013

10 babies dalam masa seminggu !

Assalamualaikum



Wahh..tahun 2013 ni banyak pula newborn guinea pig (GP), pening tengok bilangannya yang makin menjadi-jadi..erkk. First sekali Meri terberanak pada 19/1/2013. Beranak 4 ekor babies yang comel. Diikuti pula oleh Birbi pada 20/1/2013 dengan 3 ekor babies dan Pipu pada 25/1/2013 juga dengan 3 ekor babies. Berderet anak keluar menjadikan 10 ekor newborn babies pada minggu itu. ciss.

Memandangkan saya akan ke Pahang untuk praktikal selama 4 bulan, maka dengan itu saya akan mencari owner baru untuk anak-anak GP. Bukan free adoption tapi akan dijual kerana GP ada value tersendiri untuk dihargai oleh owner oke. wakakaka. Sedih juga tak dapat tengok anak-anak GP ni membesar. huu. Akan dilepaskan bila dah boleh cerai susu 2 hingga 3 minggu, sekarang umur pun belum sampai seminggu. huu

Dan pada 21/1/2013, Julio GP kesayanganku telah pun mati. huhu, mati disebabkan anorexia dan kesukaran untuk makan akibat dari gigi yang tercabut. huhu. Sedih bila teringatkan Julio. huuuu. Tapi apa boleh buat, umur tak panjang, sempat hidup 3 bulan saja. huuu.

Jom lah tengok gambar-gambar kat bawah ini. Buat pengetahuan, 10 ekor anak-anak GP ni terdiri daripada baka coronet, silkie dan american. Pada siapa yang berminat bolehlah reserve atau ushar dulu sekarang ok. Owner mestilah seorang yang responsible dan penyayang ! Nanti saya akan upload gambar individu mereka kat FB Page.

Dua ekor ni anak Chinchill tapi berlainan mak.haha

25/1/2013 .. anak-anak Pipu X Chinchill

Anak-anak Meri dan Birbie.. huaaa

Amber di samping mayat Julio..huhu 21/1/2013

Anak-anak Birbi 20/1/2013

Anak-anak Meri umur 1 hari

Birbi gave birth!

Anak meri belum kering lagi..ahahaha

Anak-anak meri tunggu kering 19/1/2013

Meri gave birth!!



Sempat rakam video Birbie je. hehe. Pipu pulak tak perasan dia beranak, sedar-sedar anak dah siap kering dah, itupun lepas perasan perut pipu makin slim. hahah

Ramainya mereka, How I'm goin to find good owners for them ? huwaaaa

Tadaaa..hasil daripada cincil terjadila anak hitam seekor. erkkk

Hasil cincil juga dengan Pipu.. ada anak hitam sekor..hahahaha


4 comments:

  1. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya nak silky or coronet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke fb page saya kalau nak reserve n tgk gambar

      Delete
  3. eh baby dia x sama mcm baby hamster. lahir2 dh ada bulu..

    ReplyDelete