Friday 24 May 2013

Penjagaan Guinea Pig bunting dan selepas beranak.

Assalamualaikum.


Ramai yang bertanya bagaimanakah cara penjagaan Guinea Pig yang bunting dan selepas beranak, so lagi mudah rasanya kalau saya buat entry terus, tak payah terang banyak kali. Hahaha. Penjagaan GP yang bunting tak banyak beza dengan sebelum bunting.

Semasa bunting

Yang harus kita tahu, selera makan GP yang bunting akan meningkat semasa bunting. Lagi besar perut, lagi tinggi selera makan. So jangan hairan kalau GP korang asyik berbunyi je minta makanan. Haha. Selera makan meningkat 2 kali ganda dari biasa kerana makanan yang dimakan akan dibahagi dua untuk ibu dan juga baby dalam uterus tu, so adalah penting untuk kita bagi makanan yang seimbang supaya baby di dalam dapat menyerap nutrient yang mencukupi untuk membesar. Tapi harus diingat, jangan pula bagi makan sampai jadi obes, bagi GP bunting yang dah gemuk seeloknya kita control pemakanannya untuk mengelakkan terjadinya pregnancy toxemia yang membahayakan kesihatan GP tersebut. Dan kekurangan makanan pada heavy pregnancy juga boleh menyebabkan toxaemia pada GP.

Selain itu, GP yang bunting tidak harus didedahkan dengan stress, samada stress dikacau oleh GP jantan, stress dimandikan dengan air sejuk (hahaha) dan stress dari kepanasan matahari (jika terdedah dengan sinaran matahari dalam tempoh yang lama). So, these things we should avoid, kerana stress boleh menyebabkan keguguran anak.

haha. tunggu makanan
GP saya pernah keguguran akibat terlalu aktif, saya guna cage C&C dan GP tu tak tahulah atlet lompat tinggi ke apa sampai boleh lompat keluar dari cage, banyak kali lompat-lompat akhirnya gugur. So, kalau boleh bagi GP yang sarat bunting seeloknya kita kurangkan aktiviti lasak, jangan main kejar-kejar, jangan terlalu kerap angkat, dan jangan biarkan GP jantan ganggu. Hehe.

Selepas beranak

Bagi penjagaan GP selepas beranak pula, penjagaannya tak terlalu complicated. Apa yang penting, bagi siapa yang tak mahu back to back pregnancy, seeloknya kita asingkan jantan dan betina kerana beberapa jam selepas beranak, GP betina akan menjadi on heat dimana GP tersebut dalam keadaan bersedia untuk menerima jantan (mating).

anak2 meri. haha
Dari segi pemakanan bagi GP selepas beranak pula, makanan seperti biasa, dan kalau boleh makanan haruslah makanan yang tinggi protein dan juga calcium. Mungkin boleh bagi pellet dari alfalfa based atau alfalfa hay. Ini kerana, protein dan calcium pada ketika itu amat penting dalam pertumbuhan badan dan penghasilan susu GP. Jika makanan yang kita bagi tak cukup nutrient yang diperlukan, ibu GP akan menjadi kurus kerana lemak badan banyak digunakan dalam penghasilan susu dan tenaga dan akhirnya berat badan GP akan menurun. Dan tak lupa juga, makanan tinggi dengan vitamin C juga harus diberi untuk menguatkan lagi sistem imun badan. Sumber boleh didapati dari sayur-sayuran dan buahan.

Penjagaan anak GP selepas lahir pula, kita harus tahu bahawa anak GP yang baru lahir sudah boleh berjalan, berlari dan makan sendiri. So, kita harus perhati samada anak tersebut menyusu atau tak, ibu bagi susu atau tak. Jika tidak menyusu, kita harus menyusukan sendiri anak GP tersebut, susu yang boleh diguna seperti goat milk (kat petshop ada jual). Atau susu yang dirumus untuk kitten juga boleh digunakan (selalunya memang goat milk juga). Dan jangan gunakan susu yang dari dairy milk iaitu susu lembu kerana mengandungi lactose yang tinggi. GP adalah lactose intolerant.

Dan jangan hairan jika bulu GP korang gugur selepas beranak, ini adalah pekara biasa pada GP yang baru lepas dari beranak (terutamanya bagi GP yang beranak banyak kali).

haha..bulu meri gugur lepas beranak
Saya rasa itu je kot pasal penjagaan GP bunting dan selepas beranak. Haha. Durasi bunting GP adalah 65-70 hari bergantung pada bilangan anak. Selepas beranak GP akan on heat semula selepas beberapa jam dan estrus semula selepas 15hari kemudian jika tidak bunting. Dan seeloknya bagi GP betina rehat dulu sebelum bunting kali kedua sekurang-kurangnya sebulan selepas recover dari luka dalaman dan uterus mengecut semula. Ok itu saja, thanks for reading.

Comel-comelku..hahah




Wednesday 22 May 2013

Foraj untuk Guinea Pig

Assalamualaikum.

Berebut-rebut makan rumput.

Berbaki lebih kurang 3 minggu saja lagi untuk menamatkan latihan industri kat ladang bebiri di Pahang ini. Tempat yang jauh dari bandar ini menyebabkan saya susah untuk mendapatkan stock pellet untuk Guinea Pig (GP) saya. Pellet ada tapi saya kena "limit" kan (ya laa takut cepat habis pula..ahahha..kang tak pepasal bagi dedak bebiri). Oleh itu, memandangkan kawasan seluas 42 hektar ini banyak ditanam rumput (rumput guinea dan napier), jadi saya ambil alternatif dengan lebihkan rumput dari pellet setiap hari untuk GP saya makan. Haha, memang pada asasnya GP makan tumhuhan hijau pun. Dan pellet GP juga sebenarnya adalah berasaskan daripada rumput kering yang dikisar dan diproses menjadi pellet (mix with other feedstuff such as grain, feed additive, vitamin, etc)

Setiap hari saya akan mengambil sekurang-kurangnya 2kg napier untuk GP saya makan, nasib baik GP ada 6 ekor je (3 ekor adult, 3 ekor young), kalau 20 ekor mau 20kg napier setiap hari kot. Hahaha. Napier sangat palatable untuk ternakan, GP saya pun suka.haha. Selain itu kadar protien tinggi jika dibandingkan dengan rumput dan lalang yang sedia ada disini. Hehe. So, pada siapa yang ada GP kat rumah, silalah tanam napier yer kerana penanaman pun sangat mudah, dan tumbuh pun senang, cuma ambil batang napier yang matang dan tanam secara melintang di dalam tanah.
Cara tanam napier.Ni gambar dari album sendiri tau, saya yg tanam, nak merasa tanam napier katakan..ahahah
Rumput napier yang tumbuh menghijau belakang rumah..wakakak
GP2 ku yang tengah semangat munching rumput..by the way ni rumput biasa je yg tumbuh kat halaman rumah.

Bila dah tumbuh, tunggu selama 45hari untuk harvest, mengapa 45 hari? Kerana daun napier pada ketika itu mencapai kandungan protien yang tinggi, kalau harvest lewat, kandungan protien akan menurun dan kandungan fibre akan meningkat, so less protein in feed tak guna juga kan. Lagipun jika harvest lewat akan menyebabkan daun menjadi keras dan menjadi kurang palatable untuk GP, nak gigit pun tak semangat. Haha. Eh ini dah macam belajar pasal rumput pulak, hehe.

Chinchill bebas meragut..wakakaka
Selain napier, pokok mulberry juga ditanam disini. Siapa yang tak tahu pokok mulberry tu macam mana, boleh tengok gambar kat bawah ni. Haha, buah mulberry kita makan, daun pulak petik dan beri kepada ternakan.Wakaka. So saya pun tak ketinggalan nak beri daun mulberry ini untuk GP saya. Kikiki. So far, GP saya berselera makan daun mulberry. Hehe. Daun mulberry tinggi kandungan protein dan palatable untuk haiwan ternakan, so sesuai dijadikan makanan foraj haiwan. Kalau kita hidu bau daunnya pun wangi je, rasa nak gigit pula. Huhu.

Buah mulberry.huhu
Inilah dia pokok mulberry yang ditanam diladang ini. Hahah
Jadi, foraj atau tumbuhan hijau juga sangat penting sebenarnya sebagai makanan GP kita, senang didapati dan boleh jimat kos makanan ye dok? Haha. Tapi jangan bagi 100% rumput saja sebagai makanan GP, bosan GP nanti. Biarlah seimbang hay/rumput : pellet : sayur/buahan dengan nisbah 3:2:1 . Hay/rumput hijau/pellet sebagai sumber protein dan fibre manakala sayuran/buahan sebagai sumber vitamin. Protein penting untuk tumbesaran badan manakala vitamin untuk kesihatan dan metabolism tubuh badan. Jika seimbang, GP pun sihat. Gitu.. 
kbye, thanks for reading..

Pesanan ringkas : Jangan terpengaruh dengan cerita kartun yek, GP dan Arnab bukan makan lobak je. Tak hidup lama kalau hanya makan lobak .huhu


Oreo yang comel!!